TNB Renewables (TRe) telah menjayakan satu program Majlis Ramah Mesra TNB-JPKK, TNB Bukit Selambau pada 20 Oktober 2022. Agenda utama majlis tersebut adalah untuk mengukuhkan jalinan 2 hala diantara pihak TRe dan juga pihak berkepentingan di sekitar Bukit Selambau iaitu Jawatan Kuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKP) Bukit Selambau. Selain itu, majlis ini dihadiri Pengurus Besar Stakeholder Relations Kedah/Perlis TNB serta pegawainya.
Majlis yang berlangsung di Stesen Janakuasa Elektrik Solar Fotovoltaik Bukit Selambau (TBSS) bermula pada jam 2 Petang dan berakhir pada Jam 5 Petang. Pada majlis tersebut, penerangan mengenai operasi sedia ada TNB Bukit Selambau dan penerangan mengenai sebuah lagi projek akan datang iaitu TNB Bukit Selambau 2 yang dijangka akan beroperasi penghujung Disember 2023. Pelawat dibawa melawat kawasan TBSS dan selepas itu pihak TRe membuat lawatan sosial di Kampung Bukit Selambau.
0 Comments
Leave a Reply. |