Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Warnai raya, raikan sanak saudara. 30 keluarga di Kampung Bukit Selambau (berhampiran TNB Bukit Selambau Solar) mendapat manfaat initiasif sumbangan daripada warga kerja TNB Renewables (TRe) dan New Energy Division (NED) TNB bagi membantu yang memerlukan untuk menyambut Syawal yang akan menjelma tiba. Semoga sumbangan ini memberi asbab yang baik kepada pemberi dan penerima.
#tnbrenewables
0 Comments
Tidak lengkap menyambut Aidilfitri jika kegembiraan tidak dikongsi bersama. Sempena bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini dan Syawal akan menjelma tiba, warga kerja TNB Renewables (TRe) dan New Energy Division (NED) TNB mengambil inisiatif untuk mengumpul dana sumbangan untuk disumbangkan kepada mereka yang dalam kesempitan dan memerlukan. Sumbangan disumbangkan kepada 30 keluarga di sekitar Kampung Labohan Dagang, Banting (berhampiran TNB Sepang Solar) yang diwakilkan kepada En Wazer dan En. Nafis. Mereka juga meluangkan masa menyantuni beberapa buah keluarga yang amat memerlukan sumbangan disebabkan penyakit kronik, keuzuran dan lain-lain lagi. Semoga sumbangan ini memberi asbab yang baik kepada pemberi dan penerima.
#tnbrenewables 31 March 2023 yang lalu, TNB Sepang Solar telah menerima kunjungan seramai dua orang dari TNB Vantage RE dan juga beberapa pegawai dari TNB ILSAS yand diketuai oleh Ir. Ts. Mohd Khairul Fikri b. Mohd Salleh selaku jurutera Latihan anak syarikat TNB tersebut. Lawatan tersebut adalah sebahagian daripada tentatif program latihan dibawah pengurusan ILSAS dimana ianya adalah bertujuan untuk berkongsi pengalaman dalam menggendalikan sistem penjanaan, penghantaran dan juga pembahagian di TNB khususnya, dan di Malaysia secara amnya. Selain daripada itu juga, ia merupakan salah satu proses untuk mengenali dengan lebih dekat kedua-dua anak syarikat TNB di bawah naungan New Energy Division (NED) ini dan kedua-duanya mempunyai portfolio dan bidang perniagaan yang sama. Hubungan dua hala ini membolehkan untuk berkongsi pengalaman dari segi teknikal, komersial dan juga tadbir urus syarikat yang sememangya menuju ke arah pembangunan tenaga lestari dan juga ESG.
Wakil dari TNB Renewables Sdn. Bhd. iaitu Cik Janariah dan juga En. Elvern selaku jurutera pengurusan asset telah memberi taklimat keselamatan dan loji janakuasa solar Sepang yang berkapasiti 50MWac. Mereka juga telah dibawa untuk melihat sekitar kawasan loji tersebut disamping membincangkan strategi dan kaloborasi diantara kedua-dua anak syarikat ini untuk mencapai target penjanaan RE sebanyak 7GW pada tahun 2030. Selain daripada itu, kerjasama dengan pihak TNB ILSAS adalah sangat penting dalam menghasilkan pekerja yang kompeten terutamanya dalam bidang tenaga boleh baharu yang sememangnya sangat diperlukan di masa hadapan. Diharapkan agar hubungan baik ini dapat diteruskan agar dapat sama-sama memacu ke arah pembangunan tenaga mampan. |