Selamat menduduki peperiksaan kepada semua calon-calon SPM 2022/2023
TNB Renewables diwakili Ir. Ts. Wan Haswazer telah dijemput ke SMK Bukit Changgang bagi menyempurnakan Majlis Mohon Restu Ilmu pada 17 Februari 2023 yang lalu. Selain itu, TNB Renewables juga telah menyumbang sejumlah sumbangan bagi meningkatkan lagi kualiti dan kesempurnaan bagi aktiviti pembelajaran dalam atau diluar bilik darjah pada masa akan datang. Ianya menjadi tanggungjawab korporat TNB Renewables bagi menyumbang kepada komuniti serta institusi pendidikan yang berhampiran dengan ladang solar yang dibangunkan oleh TNB dalam pelbagai bentuk termasuk sumbangan kewangan, pembangunan modal insan serta peningkatan dalam kemahiran. TNB amat prihatin dalam menjayakan program berpaksikan pendidikan generasi akan datang. Selamat Maju Jaya #tnbrenewables #betterbrighter
1 Comment
TRe @ https://www.nst.com.my/
SUNGAI PETANI: TNB Renewables Sdn Bhd (TRe), a subsidiary of Tenaga Nasional Bhd (TNB) has set its eyes on floating solar operations as future growth for the renewable energy sector. TRe managing director Mohd Yusrizal Mohd Yusof the unit has embarked on floating solar studies as part of its initiative to achieve TNB's accumulative 8,300MV renewable energy production capacity target by 2025. "As a renewable energy developer, we are studying new locations for solar farms beyond the northern states of Kedah and Perlis. "At the same time, we are also working with TNB Research in carrying out studies on the potential of floating solar farm operation in lakes and seas for future expansion. "We are looking at expanding into floating solar operation soon, but we have not set any timeframe for now," he told reporters during a media tour to its large-scale solar farm in Bukit Selambau here yesterday. On the company's third large-scale solar project in Bukit Selambau, Yusrizal said the new farm with 50MWac capacity was expected to be ready by the end of this year as scheduled. The project, under the government's Large-Scale Solar 4 (LSS4) programme, is being developed on a 70ha secondary plantation land adjacent to the TRe's large-scale solar farm here which commenced operations in September 2020 with 30MWac capacity. TNB's first large-scale solar facility located in Sepang, Selangor, with a capacity of 50MWac has been operating since 2018. Yusrizal added that the two projects, which were obtained through LSS1 and LSS2 bids, mitigated up to about 89,400 tonnes of carbon dioxide equivalent or carbon sequestered by 2.12 million trees per year, or by taking 22,245 gasoline-powered passenger vehicles off the road for one year. He added that the 50ha Bukit Selambau solar farm with 134,880 photovoltaic solar panels has generated some 150,000 MWh or 3.7 per cent higher than its Declared Annual Quantity. "The amount of energy generated here is capable of catering daily energy consumption needs for some 30,000 homes. "This project symbolises TNB's capability to execute LSS projects in support of the government's vision towards achieving a sustainable environment through renewable energy as well as our environmental, social and governance (ESG) goals. TNB has set a target to achieve 8,300MWac renewable energy capacity by 2025, which includes its existing large-scale hydro power generation assets. The initiative is in support of the government's aspiration to reduce carbon emission intensity by 35 per cent by 2035, as part of the vision to achieve zero carbon emission by 2050. TRe @ Berita BERNAMA
SUNGAI PETANI, 15 Feb (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Bhd (TNB), TNB Renewables Sdn Bhd (TRe) kini sedang menilai secara serius kaedah-kaedah lain untuk penjanaan solar seperti panel solar agrisolar dan solar terapung. Pengarah Urusan Mohd Yusrizal Mohd Yusof berkata penyedia penyelesaian dalaman TNB, TNB Research Sdn Bhd telah menjalankan beberapa penilaian ke atas permukaan air untuk mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk panel-panel solar terapung. Beliau berkata syarikat itu sedang berusaha untuk mengoptimumkan sebahagian kecil permukaan air untuk menjana bekalan elektrik. "Sebagai contoh, sekiranya sesebuah tasik itu berkeluasan 100 hektar, kami tidak akan membuat pembangunan yang akan menutup seluruh permukaan air kerana ia akan mengakibatkan kesan sampingan kepada ekosistem di bawah. "Berdasarkan kajian yang telah kami laksanakan, sebagai permulaan, kami melihat kepada penggunaan maksimum antara 10 peratus hingga 15 peratus daripada segi keluasan tasik tersebut dan pada masa yang sama kami pantau sistem ekologi untuk memastikan tiada impak-impak negatif yang terhasil," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas lawatan ke projek Solar Berskala Besar (LSS) milik TNB di Bukit Selambau, Kedah di sini pada Selasa. Pada masa ini, TNB mempunyai tiga ladang LSS yang terletak di Sepang, Selangor dan Bukit Selambau dengan satu lagi LSS dijangka siap di Bukit Selambau menjelang akhir tahun. Syarikat utiliti itu turut memiliki tiga aset biogas secara usaha sama dengan Sime Darby Bhd. "Kami memantau dan berhasrat membina lebih banyak lagi aset-aset solar dan angin. Cuma sumber angin di Malaysia, secara relatifnya agak kurang. Secara teorinya, semakin dekat anda dengan khatulistiwa, semakin kurang pergerakan angin kerana suhu yang stabil,” jelas Mohd Yusrizal. Beliau menambah penggunaan permukaan air akan menjadi pilihan yang lebih baik kerana kesan penyejukannya yang akan meningkatkan prestasi. “Kami akan memulakan ini tidak lama lagi. Sebenarnya dari segi pembangunan sedia ada, kami sudah ada satu atau dua pembangunan panel solar terapung tetapi kami masih menunggu masa yang sesuai,” kata Mohd Yusrizal. Dari segi kos, beliau berkata kos bagi pembangunan di atas permukaan air secara puratanya adalah tinggi berbanding pembangunan konvensional di atas tanah. "Kami kini sedang menilai pilihan untuk memastikan yang kami dapat mengoptimumkan permukaan-permukaan air," katanya. Sementara itu, Mohd Yusrizal berkata agrisolar sekurang-kurangnya dapat menangani kebimbangan orang ramai mengenai persaingan untuk mendapatkan tanah bagi kegunaan pertanian dan penjanaan kuasa. Agrisolar ialah gabungan antara konsep pertanian mampan dan fotovoltaik solar. “Kami cuba mengoptimumkan pilihan yang kami ada. Yang pasti dan jelasnya, kami tidak akan menganggu hutan primer, kami akan melihat lokasi sekunder seperti Bukit Selambau yang telah ditanam dengan kelapa sawit dan pemilik tidak merancang untuk meneruskannya," tambah beliau. -- BERNAMA TNB Renewables (TRe) menerima kunjungan daripada kumpulan media di TNB Bukit Selambau pada 14 Februari 2023 yang lalu. Kumpulan media terdiri daripada Bernama, Berita Harian, RTM, The Edge, Dagang News, The Malaysian Reserve, NST dan lain-lain lagi. Kumpulan media tersebut merupakan kumpulan media yang hadir dari Kuala Lumpur dan kumpulan media Negeri Kedah. Turut hadir bersama, Pengurus Besar Negeri (Kedah & Perlis), En. Wan Ishak Soed bagi sesi penerangan dan soal jawab.
Pertemuan dengan pihak media kali ini memberi gambaran jelas tentang status terkini TNB Bukit Selambau sejak beroperasi pada 2018 serta mengemas kini status pembinaan TNB Bukit Selambau 2 berkapasiti 50MW yang dijangka akan beroperasi penghujung tahun 2023. Selain itu, pihak TRe kini sedang menilai secara serius kaedah-kaedah lain untuk penjanaan solar seperti panel solar agrisolar dan solar terapung. Pengarah Urusan Mohd Yusrizal Mohd Yusof berkata penyedia penyelesaian dalaman TNB, TNB Research Sdn Bhd telah menjalankan beberapa penilaian ke atas permukaan air untuk mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk panel-panel solar terapung. #tnbrenewables Memenuhi jemputan ke Program Sekolah Penyayang SMK Tanjong Puteri dan menyempurnakan tanggungjawab korporat TNB Renewables dengan memberi sumbangan kepada pihak sekolah agar perlaksaan program sekolah dapat disempurnakan dengan lebih baik di masa hadapan. TNB Renewables diwakili oleh Ir. Ts. Wan Haswazer dan En. Nafis Adli berpeluang memberi kata-kata semangat dan motivasi kepada calon-calon SPM yang akan menduduki peperiksaan tersebut tidak lama lagi. TNB amat prihatin dalam menjayakan program berpaksikan pendidikan generasi akan datang. Selamat Maju Jaya #tnbrenewables #betterbrighter Corporate Social ResponsibilityMenyaksikan pemeteraian empat perjanjian di antara syarikat-syarikat Malaysia dan Thailand meliputi aspek pembangunan industri tenaga dan ekonomi digital.
Syarikat utiliti negara, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan anak-anak syarikatnya iaitu TNB Renewables Sdn Bhd dan TNB Power Generation Sdn Bhd mengadakan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) dengan tiga syarikat tenaga di Thailand bagi menyokong sektor industri tenaga di kedua-dua negara. Sementara itu, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), agensi peneraju ekonomi digital di bawah seliaan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) pula menandatangani MoU bersama Digital Economy Promotion Agency (DEPA), bagi mengukuhkan kerjasama ekonomi digital di antara Malaysia dan Thailand. Sumber: Sosial Media PMX #MalaysiaMADANI #tnbrenewables Visit from GAMA Enerji to TNB Sepang Solar on 26 january 2023. GAMA Enerji A.Ş. is a Turkish company founded in 2002 that engages in building, financing and investing in energy and water utility infrastructure.
|