TRe Website
  • About TRe
  • Our Key Projects
  • ESG
  • News & Highlights
  • Contact Us
  • About TRe
  • Our Key Projects
  • ESG
  • News & Highlights
  • Contact Us
Search

TA2L 2025

10/30/2025

0 Comments

 
Picture
TNB Renewables (TRe) telah menjayakan Program TA2L pada 10-11 September 2025 bersama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah, iaitu komuniti berdekatan loji solar berskala besar 30MWac milik TNB. 

Seramai 16 orang pelajar dan 6 orang guru pengiring telah menyertai program ini yang menekankan pencarian penyelesaian lestari berasaskan inspirasi alam melalui 3 cabaran reka bentuk di loji solar:

1)Penggunaan tanah secara optimum
2)Pengurangan jejak air
​3)Pencegahan pencerobohan perimeter

Peserta dibimbing oleh fasilitator TRe, dibahagikan kepada kumpulan, dan membentangkan hasil dapatan mereka berdasarkan pemerhatian teliti, analisis saintifik serta nilai kelestarian yang diterapkan. ​
0 Comments

ASKUL 2025

10/30/2025

0 Comments

 
Picture
Program Aspirasi Kerjaya Kuala Langat (ASKUL) merupakan sebuah inisiatif yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Langat dengan tujuan memperkenalkan pelajar kepada pelbagai bidang kerjaya dan peluang masa depan. Program ini menghimpunkan sekolah-sekolah dari seluruh daerah Kuala Langat bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang hala tuju kerjaya, kemahiran yang diperlukan serta peluang pendidikan lanjutan.


Majlis perasmian ASKUL telah disempurnakan oleh Ir. Ts. Wan Haswazer, yang turut menekankan kepentingan membina kesedaran awal tentang dunia pekerjaan serta memupuk minat pelajar terhadap bidang-bidang profesional dan teknikal. Program ini diharap dapat menjadi platform penting dalam membantu pelajar merancang masa depan mereka dengan lebih jelas dan berinformasi.
0 Comments

CSR 2025

10/29/2025

0 Comments

 
Picture
Picture
16 Ogos 2025 - TNB Renewables (TRe) dan New Energy Division (NED) telah menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat dan mendokong inisiatif Program Sekolah Angkat Madani di SMK Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah.SMK Bukit Selambau merupakan sekolah yang berhampiran dengan ladang solar TNB iaitu TNB Bukit Selambau 1 & 2.

En. Zarihi Hashim, Chief New Energy Officer dan En. Elmie Fairul Mashuri, Pengarah Urusan TRe bersama sama 80 orang warga kerja daripada TRe dan NED turun padang berganding bahu dengan guru, kakitangan sekolah serta pelajar sekolah bagi menjayakan program ini.Fokus utama program ini adalah aktiviti gotong-royong membersihkan serta menceriakan persekitaran sekolah.

Selain itu, sumbangan turut disalurkan bagi menyokong pembangunan sekolah demi kesejahteraan warga pendidik dan pelajar di SMK Bukit Selambau.
0 Comments

Location

TNB Renewables is a wholly owned subsidiary of Tenaga Nasional Berhad, established to drive the development and growth of renewable energy across Malaysia and the wider Southeast Asian region. Leveraging strong technical expertise, financial strength and market experience from the TNB Group, TNB Renewables focuses on delivering sustainable energy solutions across the full project lifecycle from early stage development and engineering to asset management and long-term value creation while supporting national energy transition goals and TNB’s Net Zero 2050 aspiration.

Contact Us

Picture

​

Copyright (C) 2026 TNB Renewables Sdn. Bhd.
Privacy Policy
Terms & Conditions
  • About TRe
  • Our Key Projects
  • ESG
  • News & Highlights
  • Contact Us